Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Keputusan sama ada rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan hanya akan diketahui selepas pemilihan PKR peringkat pusat yang dijadual berlangsung pada 24 Mei depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiada pihak lain boleh membuat keputusan mengenainya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724160/berita/politik/rombakan-kabinet-tertakluk-keputusan-perdana-menteri-ndash-fahmi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PemilihanPKR #Politik #PM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Itu adalah prorogatif yang membuat Perdana Menteri tapi kalau kita lihat bagi keadilan, dia tidak semestinya melibatkan jawatan itu.
00:17Dan memang turun naiknya seseorang dalam politik terutama di peringkat cabang ataupun di peringkat bahagian, di peringkat dia di peringkat cabang.
00:31Itu adalah perkara yang biasa, lazim dan semestinya ramai yang bertanya, what happens next?
00:41Kalau kita lihat sebelum ini, dalam beberapa perkara, keadilan dia tidak not so straightforward.
00:49Contoh, calon bagi Parlimen Mawasan Maju adalah ketua cabang dari titik wangsa.
00:57Jadi, dia tidak semestinya exactly dia adalah ketua cabang situ maka dia adalah calon.
01:03Eh, tak semestinya.
01:05Sama juga bagi kawan-kawan dalam UMNO dan DAP.
01:11Dia ada banyak perkiraan dalam pemilihan calon terutama untuk pilihan raya umum.
01:20Tapi untuk jawatan politik, kita belum selesai.
01:24Pertama, satu, kita masih ada lagi pemilihan di peringkat pusat dan keadilan tidak melarang mana-mana anggota terlibat dalam pemilihan di peringkat pusat
01:40walaupun mereka tidak memegang jawatan di peringkat cabang.
01:44Jadi, ada yang selama ini mereka tidak berbanding di peringkat cabang tapi mereka berjaya di peringkat pusat.
01:52Jadi, prosesnya masih berjalan.
01:57Pencalonan bagi peringkat pusat akan berlangsung pada 3 dan 4 Mei.
02:01Manakala, pemilihan secara fisikal oleh perwakilan yang akan datang ke Kongres akan berlangsung insyaAllah pada 24 Mei.
02:08Jadi, mungkin selepas daripada itu, kita akan ada tahu dengan lebih jelas laluan ke depan.

Recommended