Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pak guard tidur atas papan nipis

Tidur beralaskan papan nipis selain penyediaan makanan di atas lantai yang dihadapi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan warga asing berjaya dibongkarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam operasi gaji minimum di Plaza Mahkota, Melaka pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi, JTK mendapati premis yang didiami seramai 11 pekerja warga asing itu dalam keadaan daif dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724431/edisi/melaka-ns/pak-guard-tidur-atas-papan-nipis

#SinarHarian #BeritaSemasa #pekerjawargaasing #JTK
Transcript
00:00Tidur beralaskan papan nipis selain penyediaan makanan di atas lantai yang dihadapi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan warga asing,
00:07berjaya dibongkarkan Jabatan Tenaga Kerja, JTK, dalam operasi gaji minimum di Plaza Mahkota, Melaka pada Selasa.
00:16Dalam sebuan jam 11.30 pagi itu, JTK mendapati premis yang didiami seramai 11 pekerja warga asing itu dalam keadaan DAIF
00:24dan tidak mengikut prosedur operasi standar, SOP, yang ditetapkan pihaknya.
00:30Ketua Pengarah JTK, Kamal Pardi berkata, tindakan majikan syarikat kawalan keselamatan yang beralamat di Kuala Lumpur itu
00:37bukan sahaja gagal menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk pekerja malah boleh mengaibkan nama baik negara.
00:44Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati majikan tidak membuat permohonan perakuan penginapan terhadap pekerja
00:50dan ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 24D Akta 446.
00:55Selain peraturan-peraturan standar minimum perumahan, penginapan dan pemudahan pekerja, penginapan dan penginapan berpusat 2020.
01:04Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan jelas menunjukkan pengabayan pekerja dan setiap satu kesalahan
01:10boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM50,000 yang sepatutnya perlu dipatuhi
01:15seperti penyediaan tilam setebal 4 inci, almari dan tempat memasak yang kondusif.
01:21Jelasnya, pihak JTK turut mendapati ada pekerja yang tidur di atas papan nipis dan tikah
01:26dalam ruang tingkat 2 yang disewa majikan tersebut.
01:30Kata Kamal, majikan terbabit turut berdepan tindakan kerana gagal membayar gaji minimum RM1,700
01:36seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 Akta 265.

Recommended