Pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500
Pemilik anjing Rottweiler dikenakan denda RM8,500 oleh Mahkamah Majistret Baling selepas mengaku salah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil pada 1 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian,
Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, Chong Shen Chong, 69, didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723189/berita/semasa/pemilik-anjing-rottweiler-didenda-rm8500
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingserangpenduduk #mahkamah #pemilikanjingcuai

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemilik Anjing Rotwiler dikenakan hukuman denda RM8,500 oleh Mahkamah Magistrat Baling selepas mengaku salah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyeram mangsa di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada 1 April lalu.
00:15Hakim Najwa Cemat menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Shen Chong, 69 tahun yang juga merupakan seorang ahli perniagaan di mana tertuduh didenda sebanyak RM1,700 bagi setiap pertuduhan atau dua bulan penjara jika gagal bayar.
00:30Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh dengan cuai membiarkan Anjing Peliharaan menyeram mangsa Khadijah Abdullah, 66 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi di kawasan perumahan Taman Desa Bidara.
00:45Bagi pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa dengan cuai membiarkan Anjing yang sama sehingga mencederakan seorang penuntut warga negara Mesir, Ahmad Abdul Tawad Mustafa, 28 tahun, pada jam 6 pagi di satu kawasan lain di Taman Berkenaan, hari yang sama.
01:01Pertuduhan seterusnya, tertuduh dengan cuai membiarkan Anjing terbabit menyebabkan kecederaan ke atas Ashida Nizam Ahmad, 50 tahun, pada jam 6.40 pagi di lokasi berbeza di Taman Berkenaan.
01:13Seterusnya, tertuduh didakwa cuai membiarkan Anjing peliharaannya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Syaikhul Muhammad Muhammad Maidin, 51 tahun, dan Goh Binghak, 74 tahun, pada jam 7 pagi di Medan Selera dalam Taman Berkenaan pada hari yang sama.
01:30Disebabkan perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.