Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pentadbiran Trump mencadangkan pemotongan penuh dana kepada misi pengaman PBB, dengan alasan kegagalan operasi serta beban kewangan tinggi ke atas Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Pejabat Belanjawan White House mencadangkan pemotongan sepenuhnya pembiayaan Amerika Syarikat bagi misi pengaman pertemuan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:08Cadangan ini merujuk kepada kegagalan beberapa operasi termasuk di Mali, Lubnan dan Republik Demokratik Kongo.
00:15Amerika Syarikat kini merupakan penyumbang terbesar kepada PBB, menyumbang 22% daripada bajet asas tetap berjumlah $3.7 bilion Amerika serta 27% daripada bajet misi pengaman bernilai $56 bilion dengan kesemua pembayaran ini bersifat mandatori.
00:34Cadangan tersebut termasuk pemotongan hampir separuh daripada keseluruhan bajet Jabatan Negara sekaligus membayangkan pengurangan besar terhadap penglibatan antarabangsa Amerika dalam hal ewal diplomasi dan keselamatan global.
00:47Jurucakap Jabatan Negara Tammy Bruce menjelaskan tiada sebarang keputusan mutamat telah dibuat bergenaan rancangan itu dan menekankan bahawa bajet akhir masih tertakluk kepada kegelusan Kongres.
00:57Dalam tempoh penggal pertamanya, Presiden Donald Trump turut mencadangkan pemotongan besar terhadap bajet diplomasi dan bantuan antarabangsa.
01:04Bagaimanapun, majoriti cadangan tersebut telah ditolak oleh Kongres yang mempunyai kuasa penuh menentukan pelanjawan persekutuan.

Recommended