Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Sudah hampir dua bulan bantuan kemanusiaan tidak memasuki wilayah Gaza akibat dihalang oleh Israel.
00:07Jurucakap Timbalan Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Stephanie Tremblay berkata, keperluan kini untuk memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa gangguan.
00:18Beliau berkata, para petugas kemanusiaan masih menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas mereka dan pihak pendudukan hanya membenarkan dua daripada enam operasi bantuan yang dirancang semalam untuk dilaksanakan.
00:34Menurut PBB, sokatan yang dikenakan Zionis terhadap akses bantuan kemanusiaan menjejaskan keupayaan membekalkan ubat-ubatan ke hospital sekaligus membahayakan lebih ramai pesakit.
00:46Sejak 2 Mac, Israel menyekat kemasukan bekalan penting termasuk makanan dan air ke Semenanjung Gaza selepas menutup pintu masuk sempadan menyebabkan bencana kemanusiaan dan memburukkan lagi krisis kebuluran.