Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi tempoh empat bulan untuk melaksanakan pemutihan menyeluruh peniaga tidak berlesen atau dikenali sebagai peniaga ‘rambo’ di ibu kota.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dewa Pandiraya Kuala Lumpur JPKL diberi tempoh empat bulan untuk melaksanakan pemutihan menyeluruh peniaga tidak berlesen atau dikenali sebagai peniaga rembo di ibu kota.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata ia merupakan antara pendekatan untuk melestarikan peniaga, khususnya peniaga kecil-kecilan dan penjaja untuk mendapatkan lesen.
00:27Menurutnya, DBKL akan membenarkan hingga Ogos ini untuk semua peniaga yang tiada lesen tampil dan berurusan untuk mendaftarkan serta mendapat lesen berniaga di sekitar Kuala Lumpur.
00:42Beliau menjelaskan pelbagai jenis lesen tersedia dan bergantung kepada keperluan masing-masing.
00:48Dr. Zaliha berkata pada masa ini pihaknya tidak mempunyai jumlah peniaga tidak berlesen namun berharap langkah pemutihan itu dapat memberikan data dan pemetaan dalam isu tersebut.
01:00Beliau berkata walaupun seseorang penjaja itu mendapat lesen, mereka perlu mematuhi peraturan dan tidak bermakna mereka bebas berniaga di mana-mana kawasan sehingga membahayakan keselamatan orang lain.
01:14Mengulas mengenai tren trak makanan dan gerai di kaki lima, beliau berkata pihaknya akan memperhalusi prosedur seperti memastikan ada ruang perjalan kaki,
01:25mewartakan sesuatu kawasan untuk tujuan berkenaan atau dibenarkan beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja.