Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun beliau tidak pernah melihat Allahyarham marah atau bertempik.

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkara tentang Tun Abdullah yang paling saya ingat sepanjang berkhidmat selama lebih 6 tahun bersama beliau adalah hakikat bahawa beliau merupakan seorang insan yang sangat penyabar.
00:14Sepanjang berkhidmat lebih 6 tahun saya tak pernah melihat paklah marah, meninggi suara, apatah lagi bertempik atau sebagainya.
00:30Tun Abdullah ataupun paklah sekiranya marah akan lebih mendiamkan diri, mungkin susuk mukanya, riak mukanya akan berubah tetapi tidak pernah menengking, tidak pernah menaikkan suara, tidak pernah menjerit jauh sekali.
00:48Saya rasa saya pernah berkhidmat dengan beberapa ahli politik dan Tun Abdullah saya rasa akan saya labelkan sebagai insan yang paling mulia hatinya, bersih hatinya.

Recommended