Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif itu diperkenalkan untuk memperkukuhkan ekosistem perniagaan negara,meningkatkan tahap pematuhan korporat serta mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh komuniti perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak empat inisiatif baharu diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-23.
00:10Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
00:15semua inisiatif itu bagi memperkukuhkan ekosistem perniagaan negara dan mengurangkan bebanan dihadapi komuniti, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
00:30Katanya inisiatif pertama adalah pengenalan perkhidmatan e-advertisement SSM berdasarkan Seksyen 76A Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, Pindaan 2024.
00:40Inisiatif kedua pula ialah penawaran pengurangan kompaun sehingga 95% daripada nilai asal dan pengurangan fee e-advertisement SSM kepada RM100 bagi PLT yang layak,
00:51tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan sebelum atau pada 30 September 2025.
00:56Bagi inisiatif ketiga, ia melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kepada syarikat yang layak untuk memohon pemotongan nama di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016.
01:10Manakala inisiatif keempat menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 95% daripada nilai asal kepada syarikat yang layak untuk memohon pemotongan nama di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016.
01:22Sementara itu, SSM komited meneruskan pelaksanaan inisiatif diumumkan sebelum ini antaranya seperti pelaksanaan skim pendaftaran perniagaan percuma dan skim 1OKU 1 perniagaan.

Recommended