Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini berada di peringkat akhir.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Siasatan semula kes kematian Tioh Benghok kini berada di peringkat akhir.
00:06Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Sin berkata,
00:11kertas siasatan kes itu sedang dilengkapkan dan diperkemaskan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya tidak lama lagi.
00:21Menurutnya, siasatan itu terhad dari sudut sumber kerana kejadian itu berlaku 15 tahun lalu dan ada juga saksi yang tidak dapat ditemubual semula.
00:28Malah kata beliau, polis ada memanggil pihak keluarga namun mereka tidak memberikan kerjasama yang baik untuk memperkemaskan kertas siasatan ini.
00:38Muhammad Syuhaili berkata, penggunaan teknologi pengimbas tiga dimensi 3D untuk membina semula lokasi kejadian kematian bekas pembantu Exko Selangor itu juga menghasilkan dapatan terhad
00:48dan tidak dapat memberikan gambaran jelas berkaitan lokasi mangsa ditemukan maut.
00:53Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan polis untuk melengkapkan siasatan kes kematian Tioh dalam tempoh enam bulan.
01:03Mahkamah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa Mendiang Beng Hock terhadap Ketua Polis Negara,
01:10pengarah siasatan jenayah PDRM dan Kerajaan Malaysia.
01:14Mangsa ditemukan meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam Sya'alam
01:20selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di tingkat 14 bangunan Sama.