Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
MCMC akan membantu siasatan PDRM, berkaitan video tular di media sosial melibatkan calon dalam Pemilihan PKR Peringkat Cabang di Perak dan Perlis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC akan membantu siasatan polis di Raja Malaysia PDRM berkaitan video tular di media sosial melibatkan calon dalam pemilihan PKR peringkat cabang di Perak dan Perlis.
00:13Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fakzil berkata siasatan itu berkaitan dengan dawaan melakukan ugutan serta hantaran maklumat bersifat jelek di laman Facebook.
00:22Katanya setakat ini beliau belum semak secara keseluruhan dengan pihak MCMC tetapi ada dua isu yang telah berbangkit.
00:31Satu video yang telah menuduh seorang calon mengeluarkan senjata api di mana video itu telah tular dan calon tersebut di Perak telah menafikan dan membuat laporan polis.
00:41MCMC juga jelasnya akan membantu dalam siasatan kerana dia berkait dengan video yang telah disebar dan telah ditularkan dalam beberapa platform media sosial.
00:49Kedua Fahmi berkata ia melibatkan satu hantaran dalam platform Facebook berkait penyalahgunaan rangkaian untuk menghantar maklumat kandungan yang bersifat jelek melampau.
00:59Katanya ini bersifat tuduhan liar terhadap seorang calon di negeri Perlis.
01:04Fahmi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak MCMC berkaitan kes serta aduan yang telah diterima berhubung perkara tersebut.
01:13Katanya lagi MCMC akan memainkan peranan sebagai pengalisis teknikal untuk buat beberapa pengesahan.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended