• last week
Terjerat dalam amarah, tersungkur dalam penyesalan.

Jika masa boleh diputar kembali, dia tak mungkin melakukan hal sekejam itu terhadap darah dagingnya sendiri. Kerana mahu melepaskan amarah kepada bekas teman lelaki, dirinya secara tak sengaja mendera anak sendiri hingga membawa kepada dua pertuduhan iaitu mengabaikan anak dan keduanya, kesalahan membunuh tanpa niat.

Bagi Ain, keluar air mata darah pun tak akan menghidupkan semula anaknya, dua tahun yang meninggal 13 tahun lalu di tangannya sendiri.Semuanya kerana marah kekasih bertarik tali tentang berkahwin di saat mereka ada 4 anak hasil hubungan luar nikah tinggal serumah 5 tahun.

Amarah mengaburkan kewarasan, dan kesilapan itu dibayar dengan harga yang tidak ternilai.

Dan ada harga perlu dibayarnya. Di sebalik dinding penjara, dia kini hidup dalam penyesalan yang tiada penghujung. Air mata dan doa tidak mampu mengubah masa lalu, hanya tinggal harapan agar keinsafan memberi ruang untuknya menebus kesalahan.

Ikuti kisah Ain (bukan nama sebenar) yang terpenjara 20 tahun atas kesalahan membunuh anak sendiri tanpa niat.

#sembangwanita #sembangwanitaxtra #podcast #vodcast #penjaramalaysia #prospek

Recommended