• 16 hours ago
Mak-mak pasti buntu nak masak apa untuk berbuka hari ini kan? Apa kata cuba resipi Asam Pedas Bugis Tenggiri Kaw, Tebu Wow! Kuahnya yang pekat, masam dan pedas pasti membuka selera. Bertambah sedap bila ditambah tebu, rasa manis tebu tu buat kuah asam pedas menyengat tau!
Apatah lagi bila dihidangkan dengan nasi putih panas memang berpeluh semasa menjamu selera. Jom mak-mak masak menu Istimewa ini sangat mudah tetapi enak.

Bahan-Bahan:
2 biji bawang merah saiz besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
Halia sebesar ibu jari - dikisar
Seketul kecil kunyit hidup - dikisar
Sedikit belacan
Cili kering (dikisar)
Rempah 3 sekawan
1 ekor ayam tenggiri (dipotong 5 bahagian)
Air asam jawa
Tebu
1 biji tomato
5 biji Bendi

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak ke dalam periuk, kemudian tumiskan rempah 3 sekawan kacau-kacau nampak macam dah garing masukkan bawang merah, bawang putih dan hali yang telah dikisar.
2. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar bersama belacan. Biar masak sehingga garing kemudian masukkan ikan tenggiri.
3. Masukkan tebu, air asam jawa, daun limau, bendi dan tomato. Kemudian biarkan hingga sebati.
4. Letakkan garam dan bahan perasa. Tutup periuk bila dah mendidih bolehlah angkat untuk dihidangkan.

Recommended