• 10 hours ago
Deputy Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan told the Dewan Rakyat on Wednesday (Nov 6) that the halal certification process will continue to be further improved by Malaysian Islamic Development Department (Jakim) after the department successfully expedited the certification process to within 30 days.

Read more at https://shorturl.at/X4ROK

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk membantu usahawan dalam pelbagai aspek termasuk meningkatkan kesedaran pengusaha-pengusaha mengenai pensijilan halal Malaysia.
00:13Dalam hal ini, kerajaan melalui jahkim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon sijil pengesahan halal Malaysia
00:24dan dalam masa yang sama mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi pembimbing seperti KUSKOP, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
00:33FAMA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Mardi, Lembaga Perusahaan Pekebun Kecerisda, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Fekrah,
00:42Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, Unit Peneraju Agenda Bumi Putra Teraju dan Majlis Amanah Rakyat dalam usaha memudah cara
00:52membantu usahawan khususnya usahawan industri kecil dan mikro.
00:56Masyarakat pengguna khususnya yang beragama Islam, kita sarankan agar sentiasa peka dan bijak memilih perkhidmatan dan produk makanan, minuman,
01:05serta barangan keperluan yang berada di pasaran termasuklah permis makanan yang telah disahkan halal oleh pihak berkuasa jahkim dan majlis agama Islam negeri-negeri.
01:16Menunjuk kepada berkenaan dengan fee yang telahpun dikutip yang meningkat dari saban tahun, direkodkan pada tahun 2023 peningkatan yang sangat meyakinkan
01:29yaitu sebanyak RM12,1533,640. Jadi daripada 2012 hingga 2023 jumlah fee yang telah berjaya dikutip melebihi RM80 juta.
01:43Ini menunjukkan satu perkara yang baik. Jadi antara perkara yang ditekankan, apakah yang kita boleh gunakan daripada fee ini?
01:51Buat pengalaman Dewan Yang Mulia, kita telah mengadakan banyak program-program untuk memberikan pencerahan dan juga bimbingan.
02:00Di antaranya kita adakan program Halal On Track yang kita adakan di beberapa, di Johor, di Pahang, di Waliapas Kutuan dan akan diteruskan.
02:09Di mana kita menyediakan fasiliti dan juga klinik halal yang membimbing industri dan juga permis-permis untuk mendapatkan setiap pengesan halal.
02:19Dan ada banyak lagi program-program lain yang kita telah jalankan. Di antaranya juga kita adakan kerjasama dengan beberapa institusi termasuk Lembaga Lebuh Raya Malaysia
02:29dan untuk membantu mendapatkan kesediaan halal di R&R.
02:33Untuk menjawab soalan kedua, saya mohon masa sedikit saja, yaitu berkaitan dengan cadangan audit bebas untuk diadakan secara berkala.
02:41Buat masa ini, Alhamdulillah, kerajaan juga telah pun dalam belanjawan telah meluluskan 100 juru audit halal tambahan.
02:51InsyaAllah, dan juga untuk menambah baik sistem MyE Halal. Saya rasa usaha ini, inisiatif ini akan dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi ekosistem halal itu sendiri. Terima kasih.
03:01Terima kasih.
03:02Puan-Ibu Hormat, ada dua soalan berkenaan dengan tempoh masa.
03:06Buat pengetahuan kepada seorang Dewan dan Mulia, sebenarnya pihak JAKIM telah berjaya mempercepatkan swijil halal ini daripada beberapa bulan sehingga kepada 30 hari.
03:19Dan ini juga akan diusahakan lagi untuk ditambah baik dari masa ke semasa.
03:23Sekiranya kita lihat dari segi statistik juga menunjukkan bahwa peningkatan permohonan dan juga peningkatan dari aspek kelulusan yang diberikan termasuk juga memproses perkara tersebut.
03:35Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi bahwa ada beberapa inisiatif yang dilaksanakan diantaranya adalah penambahan juru audit halal untuk mempercepatkan lagi.
03:46Selain daripada itu juga kita ada sistem MyE Halal 2.0 yang kita sedang bangunkan yang akan dapat mempercepatkan menerusi teknologi.
03:56Berkenaan dengan aspek pemantauan, aspek pemandauan ini dijalankan dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan.
04:03Dan kalau kita lihat juga daripada statistik dan data yang ada, ini menunjukkan pemandauan itu berlaku secara berterusan.
04:12Dan ini juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna bahwa halal jakem itu menerusi satu proses yang menyeluruh daripada awal sehinggalah dari aspek monitoring dan juga kawalan dan pemantauan.
04:27Terima kasih.

Recommended