Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah

  • 10 hari lalu
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah

BERITA SEMASA 10 MEI 2024

Polis Johor merampas dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Dalam dua serbuan berkenaan, polis turut menahan seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 40 hingga 59 tahun serta wanita warga emas berusia 75 tahun turut ditahan bersama sejumlah dadah.

Polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dan membungkus serbuk ektasi serta menyita enam kereta dengan jumlah sitaan RM495,000, wang tunai berjumlah RM21,000 termasuk mata wang asing iaitu Singapore Dollar SGD13,000 dengan nilai sitaan RM45,657.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #dadah #rampasandadah