'Datuk' antara lima dituduh edar dadah jenis MDMA

  • 6 bulan lalu
'Datuk' antara lima dituduh edar dadah jenis MDMA

BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023

Lima lelaki termasuk seorang berstatus 'Datuk' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tiga pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dalam bentuk serbuk dan pil di sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Gudang, 27 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dibuat di hadapan Majistret R Salini kerana dua daripada tertuduh merupakan warganegara Myanmar dan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB), 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret Salini kemudiannya menetapkan tarikh 23 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia selain kehadiran jurubahasa bagi tertuduh warga Myanmar berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate/bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini

Disyorkan