Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah

  • 7 bulan lalu
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah

BERITA MOJO 22 NOVEMBER 2023

Bapa kepada tiga anak terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Seremban pada Rabu melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Mohammad Hafizuddin Mohammad di akhir kes pendakwaan.

Mohammad Hafizuddin yang sebelum ditahan merupakan 'beach boy' didakwa atas dua pertuduhan pindaan iaitu mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu Methamphetamin seberat 51,895 gram dan 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 13,794 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mei 2020 jam lebih kurang 7 pagi di tepi pantai berhampiran Marina Bay, Batu 6, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635837/berita/semasa/bapa-tiga-anak-terlepas-hukuman-mati-edar-dadah

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Dadah #EdarDadah #HukumanMati

Disyorkan