Warga emas antara dua lelaki ditahan bersama 50 ketulan mampat ganja

  • 10 bulan lalu
Warga emas antara dua lelaki ditahan bersama 50 ketulan mampat ganja

BERITA SEMASA 6 OGOS 2023

Seorang warga emas berusia 68 tahun antara dua lelaki yang ditahan bersama 50 ketulan mampat tumbuh-tumbuhan disyaki dadah jenis ganja dalam operasi di parkir kenderaan bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Pekan Jitra, Kedah pada Khamis lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, kedua-dua suspek didapati dalam keadaan mencurigakan sambil membuka bonet hadapan kenderaan jenis Honda CRV sebelum ditahan lebih kurang jam 6.50 petang.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, pada Ahad.

Artikel: https://shorturl.at/twzSU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo