Penduduk lega pemilik kolam halalkan kelisa yang ditangkap

  • 13 hari lalu
Penduduk lega pemilik kolam halalkan kelisa yang ditangkap

BERITA SEMASA 2 JUN 2024

Penduduk Kampung Tengah Renggam, Kluang, lega apabila pemilik kolam takungan ikan kelisa yang pecah Rabu lalu, menghalalkan ribuan ikan hiasan itu yang hanyut sebelum ditangkap orang ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Shahruizal Ahmad Zaini.

Tinjauan ke kampung berkenaan mendapati kebanyakan penduduk kampung kini tertumpu ke kawasan anak sungai dan parit yang dipenuhi ikan kelisa berkenaan.

Ia bagi menangkap ikan berkenaan sebelum dijual atau dibawa pulang sebagai ikan peliharaan atau dijadikan hidangan istimewa di meja makan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667714/edisi/johor/penduduk-lega-pemilik-kolam-halalkan-kelisa-yang-ditangkap

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #IkanKelisa #Kluang