[TERKINI] Pengasas KK Mart, pembekal stoking berdepan tuduhan hina Islam
  • bulan lalu
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui antara individu berdepan pertuduhan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini adalah syarikat pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat, di mana syarikat itu menjadi pembekal stoking berkenaan serta dua lagi individu, Goh Li Huay dan Soh Hui San.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir dan Norazlin Othman.

Kita terus bersama wartawan Faida Rahim di Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam, untuk perkembangan lanjut berkaitan pendakwaan kes isu penjualan stoking bertulisan kalimah Allah di kedai KK Super Mart.
Disyorkan