[TERKINI] Pengasas Public Bank Teh Hong Piow meninggal dunia
  • tahun lalu
Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.

Public Bank yang merupakan kumpulan bank ketiga terbesar di Malaysia, diasaskan oleh mendiang pada 1966.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tay Sock Noy dan empat cahaya mata.