[TERKINI] Pengasas Big Blue Taxi guna ‘Datuk’ palsu, perdaya EXCO kanan
  • tahun lalu
Pengasas perkhidmatan premium Big Blue Taxi, Shamsubahrin Ismail, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu serta menipu EXCO kanan megeri Melaka berhubung penjualan kereta mewah, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 57 tahun itu minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.