Tekanan Ekonomi | Jururawat UK tuntut kenaikan gaji

  • tahun lalu
Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di United Kingdom melancarkan piket pada Khamis sebagai menuntut bayaran gaji yang setimpal dengan tekanan kerja yang dialami mereka ketika fasiliti kesihatan berdepan situasi paling sibuk dalam setahun.

Dianggarkan 100 ribu jururawat melakukan mogok di 76 hospital dan pusat kesihatan, menuntut untuk membatalkan kira-kira 70 ribu pelantikan, prosedur dan pembedahan di NHS yang dibiayai kerajaan Britain.