Doktor muda UK tuntut kenaikan gaji sejajar kadar inflasi

  • tahun lalu
Lebih 10 ribu doktor muda di Britain memulakan siri mogok terbaharu bagi menuntut bayaran gaji yang lebih sejajar dengan kadar inflasi.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menjangkakan mogok empat hari itu akan menyebabkan gangguan terburuk dalam sejarah dengan lebih 350 ribu janji temu terpaksa ditangguhkan.