Kementerian Pembangunan Wanita mohon maaf isu tips Doraemon

  • 4 years ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf ke atas beberapa poster yang dikeluarkan berhubung 'tips' bagi kaum wanita yang kini sedang bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Poster berkenaan mendapat kritikan hebat dari orang ramai yang menyifatkan ia tidak sensitif terhadap peranan wanita dalam sektor pekerjaan.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita berkata pihaknya mengambil maklum bahawa kandungan poster berkenaan tidak bersesuaian dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Rata-rata netizen berpendapat kementerian itu sepatutnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga serta kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan atau nada suara terhadap suami.