Daler mohon maaf, tak sengaja pegang dada Nelydia

  • 7 years ago
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Uzbekistan, Daler Yusuf memohon maaf kepada Nelydia Senrose berhubung insiden terpegang bahagian dada pelakon wanita itu ketika berlakon dalam drama 'Encik Suami Mat Salih Celup'.

Berita Harian melaporkan kejadian tidak disengajakan itu dapat disaksikan netizen menerusi video dimuat naik oleh Daler ke laman sosial Instagramnya sehingga tular di media sosial.

Ketika itu, Daler sedang membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia, bagi menjayakan sebahagian babak dalam drama terbabit.

Nelydia berkata, Daler memang memohon maaf daripadanya walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.

Bagi Nelydia, kejadian terbabit tidak perlu untuk diperkatakan mahupun dipanjangkan lagi.

Sebelum itu, Daler, yang mengakui kesilapan dilakukan tanpa sengaja berkenaan, sudah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan perkara terbabit.

"Sejujurnya, saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video terbabit," kata Daler.

Drama 'Encik Suami Mat Salih Celup' disiarkan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7 malam di TV3.