Paderi Paus mohon maaf tampar tangan wanita menariknya

  • 4 years ago
Paus Francis dilapor memohon maaf kerana menampar tangan seorang wanita yang menariknya.

“Banyak kali kita hilang sabar, malah saya sendiri, dan saya minta maaf atas contoh tauladan yang tidak baik semalam,” katanya kepada ribuan manusia yang berhimpun di St Peter’s Square, Bandar Vatican.

Permohonan maaf pemimpin tertinggi pengikut Katolik yang jarang-jarang berlaku itu dibuat selepas ceramah tahun barunya yang menggesa keganasan terhadap wanita dihentikan.

Semasa turun padang berjumpa orang ramai di Bandar Vatican pada Selasa, seorang wanita berwajah Asia menarik tangannya ketika beliau mahu beredar selepas bersalaman.

Francis kelihatan tidak selesa dan menarik kembali tangannya.

Apabila wanita itu tidak mahu melepaskan tangan kanannya, dia menampar tangan wanita itu dengan tangan kirinya.

Identiti wanita itu tidak dapat dikenal pasti.

Recommended