Lokman Adam sah terima surat pemecatan ahli Umno

  • 4 years ago
Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Lokman Noor Adam mengesahkan sudah menerima surat pemecatannya sebagai ahli Umno.

Beliau berkata, pemakluman itu diterimanya menerusi satu surat daripada Ibu Pejabat Umno bertarikh 10 Februari lalu.

“Dalam surat ini menyatakan mesyuarat MT Umno yang bersidang pada 7 Februari lalu sudah memutuskan bahawa saya dilucutkan daripada keahlian UMNO berkuatkuasa serta merta mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO kerana tindakan saya yang melanggar Fasal 20.8 (a)(b)(d)(e)(f) dan (g),” katanya.

Lokman mendakwa beliau tidak pernah membocorkan sebarang rahsia parti itu, sebaliknya yang didedahkan kepada umum adalah berkaitan perilaku Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, cadangan penubuhan Pakatan Nasional itu kini sudah terbatal, namun usaha dilakukan sekarang adalah untuk membentuk satu kerjasama dalam Muafakat Nasional untuk menyokong Dr Mahathir.

“Beliau sudah membatalkan hasrat menubuhkan Pakatan Nasional, namun usaha yang dilakukan sekarang, kerjasama di dalam satu platform.

Lokman sebelum ini mendakwa dipecat daripada parti itu dalam mesyuarat MT Umno pada Jumaat lalu.