Penduduk kampung laungkan azan bila puting beliung menghampiri

  • 5 years ago


Kelihatan dalam video, seorang lelaki melaungkan azan sambil memerhatikan puting beliung menghampiri ke kawasan rumahnya.

Kira-kira 20 buah rumah rosak teruk dalam kejadian puting beliung yang melanda tiga buah kampung di Mukim Jeram, Tunjang di Jitra, Kedah petang ini.

Kampung tersebut ialah Kampung Pida 4 Deli, Kampung Permatang Keriang dan Kampung Gurindam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Kapten Kamalruzamal Kasa berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin dan merosakkan sebahagian struktur rumah mangsa.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi kerja pembersihan dan membantu penduduk yang terjejas," katanya ketika dihubungi di Jitra.