Video puting beliung 'pusaran debu' di Kedah

  • 8 years ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan puting beliung yang dilihat terbentuk di kawasan Titi Gajah, petang semalam adalah dari jenis pusaran debu.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) MetMalaysia, Alwi Bahari, ketika dihubungi berkata ini berikutan beberapa faktor dikenal pasti pihaknya selepas berita mengenai pembentukan puting beliung di Kedah kira-kira jam 3.18 petang itu mula tersebar.

Sementara itu empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung selepas dibadai puting beliung kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Recommended