Beaufort, Sabah dilanda 'ombak besar', 'puting beliung'

  • 8 years ago
Orang ramai terkejut ternampak satu 'fenomena' aneh apabila formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Beaufort, Sabah, pagi tadi.

Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat.

Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa.