Jumpalah kami - NGO ajak IGP dialog isu sensitif

  • 5 years ago
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Ali Baharom hantar memorandum mengenai cadangan mengadakan program Dialog Isu-Isu Semasa untuk diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador di Bukit Aman hari ini.
Menurutnya dia sangat berharap dapat berjumpa dengan Ketua Polis untuk membincangkan isu-isu sensitif yang berlaku di Malaysia.

Dia berkata tiada parti politik dalam pertemuan dan dialog itu, dimana ada 100 NGO yang akan terlibat termasuk NGO bukan Islam.