14 NGO Islam sokong PM isu Statut Rom

  • 5 years ago
Empat belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini tampil menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tanda terima kasih atas keputusan kerajaan menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Presiden Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, yang mewakili kumpulan NGO tersebut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Abu Bakar Yahya di perkarangan bangunan Perdana Putra di sini.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Rani berkata langkah yang diambil perdana menteri dan kerajaan itu adalah amat tepat demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Walaupun berdepan desakan pelbagai pihak, Dr Mahathir membuat keputusan berani menarik diri daripada menyertai Statut Rom, satu tindakan yang perlu disokong seluruh rakyat, katanya. - Bernama