Kenali TMJ, video ini ada jawapannya

  • 6 years ago
JDTtv menerbitkan sebuah video yang menanyakan tentang keperibadian pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman rasmi JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.

Video d imulakan dengan kata-kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Johor yang mengatakan baginda tidak suka di tekan (dihantui).

Soalan pertama adalah Tunku suka cerita seram? dan jawapan baginda tidak suka melihat cerita hantu di tambah dengan cerita bahawa isterinya akan menjerit bila melihat cerita hantu.

Selepas itu baginda ditanya tentang warna kegemaran, kereta kegemaran, motosikal kegemaran dan haiwan kesayangan.

Selain itu ditanya diantara sukan polo atau bola sepak, TMJ memilih polo dan memberikan alasan atas pilihan itu.

TMJ juga menjawab soalan pelakon kegemarannya iaitu Denzel Washington untuk lelaki dan Angelina Jolie untuk wanita.

Bagi pilihan laut kegemaran Tunku memilih pantai dan pulau sekitar Mersing sebagai pilihannya untuk di dalam negara dan Maldives bagi luar negara.

Berbalik kepada soalan berkenaan bola sepak TMJ mengatakan memilih Selangor sebagai pasukan kegemaran selain JDT untuk Malaysia.

Di liga luar negara TMJ memilih Manchster United, Borussia Dortmund dan Barcelona.

TMJ juga ditanya mengenai perancangan masa depan JDT dan seterusnya soalan panas apa yang akan baginda lakukan kepada 'haters' baginda.

Selepas itu TMJ ditanya mengenai impian baginda serta pekerjaan baginda jika bukan sebagai TMJ.

Pengakhiran video TMJ menjawab soalan azam Tunku bagi tahun 2018 buat JDT dan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).