'Saya hairan ada pihak tak senang dengan PDRM sejak kebelakangan ini'

  • 3 years ago
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa perlantikan Ketua Polis Negara (KPN) yang baru adalah proses biasa memandangkan Abdul Hamid Bador sudah melebihi dua tahun menjadi KPN.

Katanya beliau juga keliru mengapa timbul isu tidak senang hati terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak kebelakangan ini dan berharap KPN baru dilantik Acryl Sani Abdullah Sani dapat mengembalikan imej baik PDRM.

Sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa wujud kartel dalam pasukan polis, yang antara lain berusaha menjatuhkannya dan mendominasi polis.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga pernah menggesa agar khidmat Abdul Hamid dilanjutkan, demi menjaga integriti PDRM.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/1794942317356395