Video: Lantai Masjidil Haram sejuk? ini jawapannya ...

  • 7 years ago
Perdebatan mengenai sejuknya lantai marmar di Masjidilharam dan sekitar Kaabah di Makkah menjadi hangat sejak kebelakangan ini.

Bagi mereka yang pernah menunaikan umrah atau haji sudah tentu menyedari tentang hal tersebut dan ramai menyuarakan pendapat masing-masing disebelik kesejukan lantai berkenaan walaupun ketik cuaca panas.

Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci dalam satu kenyataan mendedahkan punca disebalik kesejukan lantai marmar berkenaan.

Katanya dalam kenyataan tersebut " alasan sebenar ialah marmar yang kami gunakan. Kami beli marmar Thassos dari Greece yang mampu melantun sinar matahari dan mengurangkan haba panas"

Kenyataan itu sekaligus menyangkal dakwaan lantai marmar Masjdilharam sejuk kerana terdapat paip air sejuk dipasang di bawak lantai berkenaan.