8.30am - BERSIH dimula dengan solat, 'Negaraku', senaman

  • 9 years ago
Selepas peserta bangkit daripada tidur di jalanan malam semalam, dan umat Islam selepas menunaikan solat subuh, nyanyian 'Negaraku' berkumandang di Dataran Merdeka.

Ini diikuti dengan senaman yang dikelolakan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah yang berjaya memujuk pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk naik ke pentas bersenam bersama.