Suresh jadi juara dunia, Negaraku berkumandang

  • 5 years ago

Pemanah recurve negara, S.Suresh membanggakan Malaysia apabila menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.

Pemanah berusia 25 tahun itu memperoleh pingat emas selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 pada final yang berlangsung hari ini, menurut laman sesawang https://worldachery.org.

Beliau sebelum ini menewaskan Bato Tsydendorzhiev dari Rusia, 7-3 di peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Bato mengalahkan penyandang juara Zhao Lixue di peringkat suku akhir, yang kemudiannya menduduki tempat ketiga selepas menang ketika menentang pemanah Iran, Pouriya Jalalipour 6-0 bagi menentukan pingat gangsa.

Dengan kemenangan ini, Suresh mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.