Dakwaan guling Najib: BNBBC mahu SKMM bertindak

  • 9 years ago
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap laporan di media sosial yang mendakwa terdapat 20 ahli Parlimen BN berkomplot untuk mengulingkan kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Shahir Samad berkata dakwaan 20 ahli parlimen yang kononnya mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan isu yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu 1MDB.