Penyokong Hadi dakwa Hatta mahu guling presiden

  • 9 years ago
Kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim hari ini menuntut Dr Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai meletakkan jawatan kerana didakwa cuba menggulingkan presiden parti.

Selain Hatta, kumpulan itu menjadikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan dan Pengerusi NGO PasMA Pharolrazi Zawawi sebagai sasaran.