20 MP berkomplot guling Najib cerita rekaan - BNBBC

  • 9 years ago
Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menafikan laporan bahawa 20 wakil rakyat BN dicanang akan berpaling tadah dan menyokong pembangkang dalam undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada sidang media khas di bangunan parlimen, pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahir Samad juga menegaskan bahawa pihaknya tidak terbabit sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti mana yang dilaporkan di media sosial.