Fathul Bari: Awas 'ustaz jadi-jadian'

  • 9 years ago
Fenomena perbincangan agama melalui Youtube dianggap mencapai puncak popularitinya akhir-akhir ini.

Ramai tokoh-tokoh baru yang sebelum ini tidak dikenali menjadi perbualan hangat dalam masyarakat, seperti pendakwa bebas Azhar Idrus, 'Ustaz Bollywood'Baharim Haslin dan Kazim Elias.

Bagaimanapun, adakah perkembangan ini sesuatu yang positif dalam masyarakat?

Ini kerana, terdapat dakwaan kumpulan yang dianggap seperti 'selebriti' ini mengenakan bayaran tinggi.

Malah, Kualiti perbahasannya pula kadang kala dipertikaikan kerana hanya menyentuh persoalan-persoalan mudah dalam masyarakat dan sering menggunakan lawak jenaka sebagai tarikan.

Bagi membahaskan perkara ini, KiniTV dengan kerjasama Malaysiakini versi Bahasa Malaysia menemubual tokoh ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau sendiri sangat terkenal di alam siber dengan rakaman kuliah-kuliah agama yang kebanyakannya didedikasikan kepada usaha menentang amalan khurafat dan bidaah dalam masyarakat.

Ini merupakan bahagian pertama daripada tiga bahagian.

Penerbit: KiniTV, dengan kerjasama Malaysiakini (versi BM)
Hos:Abdul Rahim Sabri
Editor: Azudin Hidzir

Recommended