DBKL terus catat defisit meskipun pendapatan cukai taksiran naik

  • 9 years ago
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjangkakan akan merekod defisit untuk tahun ketiga berturut-turut tahun depan, berjumlah RM292.7 juta, walau dengan peningkatan kadar cukai taksiran sebanyak 28 peratus bagi 2014.

Ini kerana, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib, lebih banyak peruntukan disediakan bagi projek jalan dan jambatan -- yang menyebabkan belanjawan pembangunan meningkat hampir 60 peratus kepada RM1.29 bilion.