ACCIM hanya sokong GST jika cukai pendapatan dikurangkan

  • 9 years ago
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) akan hanya menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai pendapatan dikurangkan serentak.

Menurut presiden ACCIM langkah itu bagi memastikan sesuatu dasar yang adil bagi mengimbangi bebanan yang bakal ditanggung oleh rakyat.