Rambut Rosmah terus jadi sindiran pembangkang

  • 9 years ago
Pembangkang terus mempersendakan Datin Seri Rosmah Mansor susulan rungutan isteri perdana menteri berhubung harga tinggi dandanan rambutnya.

Selepas dua pemimpin kanan PKR mengkritik Rosmah, hari ini giliran setiausaha agung PKR Rafizi Ramli untuk berbuat demikian.

Beliau memilih menyindir isteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempermain-mainkan logo kempen penurunan harga dengan rambutnya.

Rafizi Ramli yang juga naib presiden PKR, mengedarkan imej rambut dengan perkataan "turun harga dandan rambut" di akaun Twitternya.