Amerika, sekutu Arab bedil kedudukan IS di Syria

  • 9 years ago
Amerika Syarikat dan sekutunya dari negara-negara Arab, buat kali pertama melancarkan berpuluh-puluh serangan udara untuk menggempur kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Lebih seratus anggota pergerakan jihad Negara Islam (IS) dan lima puluh ahli Al-Qaeda dilaporkan terbunuh dalam serbuan ini.

Menurut Washington, serangan ini tidak dopat dielakkan kerana pihak pengganas IS cuba menyerang negara-negara Barat setelah membunuh 40 tentera dan menawan lebih 70 askar di sebuah kem askar di Iraq.