• 9 years ago
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, dan Presiden Vladimir Putin dalam pengumuman bersama di televisyen memaklumkan empat kapal perang negara itu kini berada di Laut Kaspian melancarkan 26 roket ke atas sasaran kumpulan IS di Syria.

Russia memulakan kempen serangan udara di Syria dengan menyatakan ia akan menyasarkan kumpulan IS tetapi pesawatnya mengebom kumpulan pejuang lain yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad yang juga sekutu Moscow.

Negara Barat, Arab dan Turki yang melancarkan kempen pengeboman terhadap IS tetapi mahu Assad berundur, menyatakan Moscow menggunakan IS sebagai alasan untuk memerangi penentang Assad.

Category

🗞
News

Recommended