Turki nafi benar Amerika guna pangkalan udara bedil IS

  • 9 years ago
Turki menafikan kenyataan pegawai Amerika Syarikat yang mendakwa negara itu membenarkan Washington menggunakan pangkalan tentera udaranya bagi membantu misi antarabangsa memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurut seorang jurucakap kerajaan tiada perjanjian baru berhubung penggunaan pangkalan udara Incirlik di selatan Turki, di mana Amerika buat masa ini sudahpun menggunakannya bagi tujuan kemanusiaan dan logistik.