'Anwar kini di Hospital Penjara atas syor pakar'

  • 9 years ago
Jabatan Penjara menjelaskan bahawa perjumpaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Hospital Penjara Sungai Buloh adalah atas urusan kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, perjumpaan itu berkaitan tugas Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Menurutnya, permohonan perjumpaan itu menggunakan peruntukan Peraturan-peraturan Penjara 2000 dan lawatan sedemikian yang dinamakan 'Perjumpaan Khas' juga diberi kepada banduan lain.