Muzik, puisi di malam 100 hari Anwar di penjara

  • 9 years ago
Suasana di luar pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh meriah malam semalam dengan kira-kira 300 pemimpin dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan solidariti sempena hari ke 100 ketua umum PKR itu di penjara.

Sambil menyanyi, menari, dan diselang-seli dengan laungan "Reformasi!" - yang menjadi motto Anwar, muzik dan puisi berkumandang di tengah-tengah cahaya nyalaan lilin

Mereka termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang menyampaikan sajak bertajuk 'Malam Anwar' dan anak sulungnya, Nurul Izzah turut membacakan bait puisi penyajak terkenal Indonesia WS Rendra.

Recommended