Husni: Najib tak buli anggota kabinet

  • 9 years ago
Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada anggota jemaah menteri supaya menyokongnya berhubung isu 1MDB sebagai tindakan buli adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM malam semalam yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya?, beliau berkata media terlalu banyak memberi tumpuan terhadap aspek hutang yang dikumpul oleh syarikat pelaburan negara itu iaitu sebanyak RM42 bilion.